Selamat datang ke Teratak Putih B&B di Bedford, Bedfordshire, UK. Jika anda merancang untuk bercuti ke London dan Eropah, kami menawarkan penginapan bajet di Bedford untuk anda bercuti secara solo, berkeluarga atau berpasangan, atau bersama rakan-rakan. Penginapan di Teratak Putih membolehkan anda:
- menginap lebih dari 2 orang dewasa sebilik di rumah keluarga Malaysia
- ulang-alik London (stesen St. Pancras) dari Bedford station cuma 40 minit sahaja sehala
- jarak antara B&B kami dan Bedford train station cuma 15 minit berjalan kaki sahaja
- mudah untuk anda yang merancang bercuti ke Eropah seperti Paris dan Brussels kerana anda boleh menaiki train dari Bedford ke stesen St Pancras dan terus menaiki train Eurostar.
- mendapatkan halal fast food dan bahan mentah dengan mudah kerana banyak kedai Pakistan berdekatan
- memasak makanan selera melayu dan halal di dapur kami
- menyediakan tempat simpanan bagasi/luggage jika flight anda dijadualkan waktu malam dan anda perlu check out serta ingin berjalan-jalan dahulu, atau jika anda merancang ke Eropah dan tidak mahu membawa bagasi yang berat
Hubungi kami di teratakputihbnb@yahoo.co.uk untuk sebarang pertanyaan.
.jpeg)