Utama

Teratak Putih B&B menawarkan penginapan bajet untuk anda yang ingin bercuti ke kota London,UK dan Europe. B&B kami terletak di daerah Bedford, Bedfordshire hanya 40 minit dari kota London. Anda boleh menaiki direct train dari Station St. Pancras International terus menuju ke Bedford train station. Setibanya di Bedford, hanya 15 minit berjalan kaki ke B&B kami.


Di Teratak Putih terdapat 2 bilik untuk tetamu. Harga setiap bilik adalah untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak sahaja. Jika tetamu yang menginap adalah lebih dari 2 orang dewasa, extra £5 dikenakan bagi seorang dewasa (kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma) dan maksimum cuma 4 orang sahaja sebilik. Setiap bilik mempunyai 1 katil double bed sahaja. Jika bilangan tetamu lebih dari 2 orang, selebihnya disediakan tilam,duvet dan bantal sahaja.


Harga penginapan bilik adalah termasuk continental breakfast, water and gas utilities, dan semua facilities di B&B kami. Kami menyediakan light breakfast seperti roti, jam, butter atau cereals (menu bergantung kepada keadaan). Toaster, tea dan coffee facilities juga disediakan. Anda juga boleh menggunakan kelengkapan dapur untuk memasak, bahan mentah seperti ayam dan daging halal serta kedai runcit boleh didapati dengan mudah di kawasan perumahan B&B kami. Hanya perlu mengemas kembali dapur selepas menggunakannya.


B&B kami juga sesuai untuk anda yang mempunyai agenda (itinerary) ke Paris, Brussels dan negara-negara eropah yang lain kerana anda boleh menaiki direct train dari station Bedford terus ke station St.Pancras, iaitu stesen keretapi untuk anda naiki keretapi Eurostar. Jadi anda tidak perlu naik turun underground tube atau bertukar-tukar tube lagi. Mudah jika anda travel dengan luggage atau anak kecil. Sila rujuk website http://www.eurostar.com/ untuk info lebih lanjut.



Selain itu outlet shopping terkenal Bicester Village juga boleh anda kunjungi dengan mudah. Hanya naiki bas X5 dari Bedford ke Bicester Village dengan 1 jam 30 minit perjalanan, anda boleh nikmati pemandangan farm dan english village yang cantik. Tiket bas perlu disimpan untuk perjalanan pulang (return ticket). Anda juga boleh menyewa kereta di UK untuk kemudahan anda. Jika menyewa kereta, satu lagi tempat wajib kunjungi ialah Cath Kidston factory shop yang hanya 20 minit perjalanan. Selain itu aktiviti menarik pada hari Ahad ialah mengunjungi carboot sale (kecuali musim sejuk) yang juga 20 minit perjalanan kereta.


3 comments:

  1. Wanna be the first to comment. Congratulations to Zaid and Ninie. This is good business. Well done

    ReplyDelete
  2. Amir Ikram,

    Tqvm..kalau dtg visit la kitorg. Sila la promosi ya..tq

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan rumah...
    Bilik yang sangat selesa untuk kami sekeluarga...
    Harus repeat booking bila ke London lagi....
    Terima kasih daun keladi, lain kali bersua lagi... Insya Allah :)

    ReplyDelete