Kami sangat berbesar hati menerima tetamu dari mana sahaja dan berharap anda selesa sepanjang menikmati percutian anda di UK dan Eropah. Memahami peraturan-peraturan (T&C) ini diharap dapat memudahkan para penginap serta pihak tuan rumah yang menguruskan Teratak Putih B&B.
Terms & Condition:
1.Pembayaran untuk tempahan bilik dilakukan dengan membayar 50% (untuk booking) ke akaun bank kami di Malaysia (atau bank Natwest jika anda di UK) dan 50% lagi ketika anda check in (cash in pound £ only). Jika anda gagal menghadirkan diri untuk check in, 50% duit booking tidak akan dipulangkan (non-refundable).
2.Teratak Putih B&B adalah sebuah rumah warga Malaysia yang berkeluarga, dan segala kemudahan di dalam rumah ini dikongsi bersama seperti sebuah keluarga kecuali bilik penginapan tetamu sepanjang anda menginap. Namun penggunaan sebarang facility di dalam B&B ini perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik B&B ini.
3.Teratak Putih B&B tidak menyediakan khidmat 'room service'/cleaning/memasak makanan dan lain-lain ketika tetamu menginap. Kami sekadar menyediakan bilik penginapan dan kelengkapan untuk anda bersarapan.
4.Tetamu boleh menggunakan dapur dan kelengkapan memasak di Teratak Putih B&B, tetapi perlu mengemaskan kembali seperti sedia kala. Begitu juga selepas menggunakan tandas dan bilik air.
5.Tetamu yang berpasangan tetapi belum berkahwin/berlainan jantina perlu menempah 2 bilik kerana tidak dibenarkan berkongsi bilik.
6.Sebarang minuman keras dan kegiatan tidak bermoral tidak dibenarkan di dalam B&B ini.
7.Sila bawa barang berharga bersama anda jika anda keluar berjalan-jalan, dan jika anda perlu meninggalkannya di B&B sila maklumkan kepada pemilik B&B memandangkan ciri-ciri bilik di negara ini direka tidak mempunyai kunci pintu dari luar. Kami cuma memasang selak pintu dari dalam untuk keselesaan anda. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment